Pencemaran yang dimaksudkan ialah pembuangan sisa minyak dan gris ke
dalam peparitan awam secara langsung atau tak langsung menyebabkan perubahan
kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi pada alam sekeliling dengan
melepaskan bahan buangan sehingga menyebabkan sesuatu keadaan bahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam kepada manusia, haiwan, hidupan air
akuatik atau tumbuh-tumbuhan.
Ia juga mencemarkan air, tanah dan udara. Pencemaran Minyak dan Gris ini
akan memberi kesan kepada kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni
kehidupan-kehidupan di sungai dan tasik seperti rumpai air, burung, ikan dan
hidupan lain. Secara langsung pencemaran minyak dan gris ini akan
mempengaruhi kualiti air minuman kita.
Kini
masalah pencemaran minyak dan gris oleh syarikat-syarikat yang tidak
bertanggungjawab semakin berleluasa dan ia perlu di bendung. Syarikat terbabit
perlu mendapatkan nasihat dari pembekal alat perangkap minyak. Oleh itu, masalah
longkang berbau boleh dielakkan dan boleh jalankan perniagaan dengan senang
hati tanpa gangguan dari masyarakat sekeliling dan juga pihak berkuasa
tempatan. Tiada lagi longkang tersumbat dengan penyenggaraan yang mudah dan
menjimatkan kos.
Kita perlu ingat bahawa kita bukan warisi bumi ini dari nenek moyang
kita, tetapi sebaliknya kita hanya memimjam daripada anak cucu kita maka pentingnya
kita menjaga alam sekitar yang menjadi tanggungjawab setiap manusia, masyarakat
atau penduduk yang tinggal di bumi.
Pemasangan
perangkap minyak sangat dituntut oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menepati
kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Perangkap
minyak perlu dipasang dipremis yang
mengendalikan pemprosesan makanan dan juga industri berkaitan minyak seperti
stesen minyak, pusat servis kereta dan kilang.
Perangkap minyak sangat berkesan dalam
mengasingkan minyak daripada air bagi mengurangkan minyak dan gris disalirkan secara
langsung ke longkang awam. Kualiti effluen yang dilepaskan adalah mematuhi
syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Marilah kita bekerjasama dalam
memastikan Kualiti Alam Sekitar terpelihara bagi menjamin pembangunan mapan
untuk Negara dan Generasi Kehadapan.
Sekiranya anda ingin mengetahui
maklumat lebih lanjut tentang perangkap minyak, boleh hubungi:
MAWIS SDN BHD
25, Jalan
PJS 11/24,
46150
Petaling Jaya,
Selangor
Darul Ehsan.
Tel: 603 –
5637 3171
Fax: 603 –
5637 3071
Email: mawis88@gmail.com
Blog:
www.mawis88.blogspot.com
Berikut adalah berita benar yang
dilaporkan oleh Sinar Harian. Adakah anda mahu syarikat anda keluar dalam surat khabar? Ambillah tindakan segera dan janganlah hanya melepaskan batuk
ditangga.
Tindakan pemilik premis perniagaan yang terletak berhadapan dengan Sungai Emas
itu menyebabkan penduduk dan juga peniaga berhampiran premis yang sama rimas.
Penduduk, Kamsiah Abdullah berkata, dia seringkali mendengar rungutan rakan
yang menjalankan perniagaan terpaksa menahan bau busuk akibat daripada sisa
minyak yang sekian lama terkumpul.
Menurutnya, ia dipercayai datang daripada sebuah kedai makanan di hujung premis
bangunan yang sama.
“Saya juga membantu rakan membersihkan longkang dua kali sehari menggunakan
sabun bagi mengelakkan minyak itu terus melekat dalam longkang.
“Lebih memburukkan keadaan apabila air hujan memenuhi kawasan longkang dan
sudah tentunya sisa kotoran minyak mahu melimpah keluar.
“Terdapat kesan minyak di atas jalan raya kerana berkemungkinan ada yang sudah
terkeluar,” katanya.
Sementara itu seorang lagi pembantu kedai, Rosnani Rahim berkata, Jabatan
Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) juga pernah datang untuk
membuat pemeriksaan longkang.
Menurutnya, dipercayai pihak MPPP juga pernah mengeluarkan saman kepada
pengendali kedai makan itu, namun sehingga kini masih tiada perubahan yang
dilakukan oleh pengurus kedai untuk membersihkan sisa minyak yang dibuang ke
dalam longkang.
“Kadangkala saya malu kepada pelancong kerana mereka tak mahu menggunakan jalan
kedai saya kerana bau busuk.
“Inikah yang mencerminkan imej Pulau Pinang bersih?, Disebabkan mereka kami
terpaksa menahan bau busuk dan membersihkan kawasan longkang,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian di bangunan itu mendapati aliran minyak sememangnya
datang daripada kedai makanan yang terletak di hujung bangunan.
Namun nasib tidak baik apabila kedai lain terpaksa menerima bau busuk longkang
yang seterusnya disalirkan ke sungai.
Lebih memburukkan keadaan apabila didapati timbunan sampah termasuk bakul,
plastik dan sisa makanan turut mengalir ke dalam longkang berpunca daripada
kedai makan itu.
Ia juga menyebabkan longkang tersumbat dan aliran minyak tersekat serta
longkang tidak dapat berfungsi dengan baik.
Walaupun masalah longkang ini hanya dilihat kecil, namun ia juga adalah satu
punca pencemaran Sungai Emas yang terletak di sepanjang premis berkenaan.
Kawasan sungai yang dahulunya indah kini tidak lagi seperti sediakala, bau
busuk, gumpalan pasir dan sampah menjadi hidupan sungai ‘diganti’ dengan
ikan-ikan.
pais kush
ReplyDeletebdo kau
Deletekau xgi rmh aku kh
ReplyDeleteklk la
Delete